Soalan 1
Bila blog ini dibina?
- Blog ini dibina sekitar bulan Mei 2008 iaitu selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12.
Blog ini dibina untuk apa?
- Blog ini adalah blog sukarela mengupas isu - isu Anwar Ibrahim & isu - isu berkaitan dengannya.
- Bukan laman berbayar seperti Malaysiakini atau web parti seperti Harakahdaily, Suara Keadilan Online atau web yang membela parti masing - masing seperti KMU, KPMU, Tranungkite & sebagainya.
Apa tema blog AIDC?
- Blog AIDC bertemakan anti - Anwar Ibrahim
Kenapa guna nama Anwar Ibrahim sebagai URL address?
- Sebab guna nama Anwar Ibrahim sebagai URL address kerana Anwar Ibrahim adalah seorang tokoh politik popular yang sukar dijangka & sanggup buat apa sahaja untuk capai cita - citanya.
Sejarah anwaribrahimdotcom (AIDC)
- Blog ini dibina selepas Pilihan Raya Umum Ke 12 (PRU 12)
- Mula dikendalikan oleh 2 orang iaitu AIDC (penulis, pengarah & penulis skrip video) & Hokage (webmaster blog & pembuat video)
- Penulisan di blog tidak diberi tumpuan pada awal kemunculan anwaribrahimdotcom (AIDC). Setelah didesak oleh Hokage atas alasan blog akan lumpuh jika sekiranya hanya siar video terbitan AIDC dari channel youtube anwaribrahimdotcom
- Penulisan pertama AIDC ialah 'Betulkah Anwar Agen Yahudi'
- Hampir 2 bulan beroperasi 3 orang lagi tawar diri untuk membantu iaitu Cik Kiah - (pembikinan video), Orca - (Terjemahan artikel), Puteri (Researcher (penyelidik))
- Hokage cadang letak Chat Box & Yahoo Messenger (YM) di blog untuk berinteraksi dengan pengunjung blog
- Mula berkenalan dengan Nora Solehah & Zek. Mereka tawar diri untuk bantu bangunkan blog AIDC. Tawaran bekerja ini adalah berdasarkan matlamat yang sama iaitu Anti-Anwar Ibrahim
- Nora dilantik sebagai Ketua AIDC Club, Ketua Chat Box & Special Assistant (SA) (1)
- Zek dilantik Ketua Forum AIDC Club & Special Assistant (2)
- Hasil usaha gigih Nora & Zek, beberapa nick lain muncul tawar diri secara sukarela bantu bangunkan laman blog AIDC. Mereka ialah Ladybird, MamatHensem & Huh
- Kesemua mereka dilantik menjadi moderator blog & chat box
- Ladybird dilantik sebagai Ketua Yahoo Group AIDC
- MamatHensem dilantik sebagai Timbalan Ketua Chat Box
- Segala cadangan pengunjung akan dicatit oleh SA & akan beri maklum balas kepada AIDC secara maya. SA sentiasa beri idea bernas kepada AIDC
Apakah struktur organisasi AIDC?
- AIDC - Penulis, Pengarah video AIDC (youtube), Moderator
- Hokage - Webmaster blog, Pembikinan video
- Cik Kiah - Pembikinan Video
- Orca - Terjemahan artikel
- Puteri - Penyelidik
- Joyah - Ketua AIDC Club, Ketua Chat Box, Special Assistant (SA) 1, Moderator blog & Chat box
- Zek - Ketua Forum AIDC Club, Special Assistant (SA) 2, Moderator blog & Chat Box
- LadyBird - Ketua Yahoo Group AIDC, Moderator Blog & Chat box
- MamatHensem - Timbalan Ketua Chat Box, Moderator Blog & Chat box
- Huh - Moderator blog & Chat box
Adakah blog ini ditaja oleh parti politik atau NGO (Non Goverment Organization)?
- Blog ini tidak ditaja oleh mana - mana parti politik atau NGO
Adakah penulis - penulis dalam blog ini menggunakan hanya satu nama sahaja iaitu AIDC?
- Tidak. Hanya seorang sahaja yang guna nick AIDC
- Penulis lain guna nama nick mereka masing - masing
- Penulis junior AIDC ialah dari rangkaian AIDC iaitu Zek & Huh. Mereka tawar diri untuk bantu dalam penulisan
- Zek sebenarnya datang dari laman atasbawah. Dia mengekalkan nicknamenya. Bentuk penulisannya adalah Teori Konspirasi Dunia. Tulisan pertama Zek ialah 'Anwar Ibrahim Pendokong Islam Liberal di Malaysia'
- Huh miliki blog sendiri (NoWadayS). Menulis guna nama nick True Heart Finder. Bentuk penulisannya adalah Islam & Timur Tengah. Penulisan pertama Huh ialah 'Demi cita - cita PM, Anwar gadai kalimah Allah kepada Kristian?'
Dari mana sumber bahan penulisan AIDC?
- Majalah, Internet, Buku & Akhbar
Apakah produk - produk AIDC?
- Artikel
(i) Tulisan AIDC
(ii) Terjemahan artikel
(iii) Ulasan blog
(iv) Petikan buku
(v) Email dari pengunjung
(vi)Petikan dari sumber blog & web - Video
(i) Siapa Anwar (berkenaan Anwar di Luar Negara)
(ii) Soalan Untuk Anwar (Soalan2 khusus kepada Anwar)
(iii) NeoAnwar (fokus kepada sesuatu isu Anwar)
(iv) AnwarGate (video terbitan pihak lain & diterbit semula oleh AIDC)
Bolehkah saya menjadi ahli sukarela AIDC?
- Boleh. Hantar email kepada:-
(i) aidceditor (aidceditor@yahoo.com)
(ii) Nora Solehah (norasolehah@yahoo.com)
Sila klik untuk baca selanjutnya...
